Piala AFF: Kim Swee Tagih Supaya Pemain Lebih Fokus

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 10:54 AM

Pemain-pemain Harimau Malaysia bakal berdepan dengan Vietnam pada Rabu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menagih pemain-pemainnya supaya lebih fokus dengan posisi masing-masing menjelang perlawanan kedua peringkat Kumpulan B bertemu Vietnam di Yangon, Myanmar petang Rabu.

Selepas memulakan aksi memberangsangkan dengan mencatat kemenangan 3-2 ke atas Kemboja Ahad lalu, Kim Swee mengakui banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.

"Kelemahan yang terdapat ketika aksi bertemu Kemboja tempoh hari kita perlu memperbaikinya.

"Kita memang memerlukan kemenangan. Tetapi sekiranya keputusan seri atau kalah (bertemu Vietnam), ia belum cukup untuk membawa kita separuh akhir. Yang penting kita perlukan keputusan positif.

"Jadi kita bermain mengikut keperluan yang mana setiap perlawanan kita akan tampil dengan strategi yang berbeza-beza," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui semua pemain berada dalam prestasi baik dan bersedia walaupun keadaan cuaca agak panas di Yangon.

"Semua pemain juga bebas daripada sebarang kecederaan dan ia sesuatu yang baik untuk skuad negara.

"Kita akan cuba melakukan yang terbaik dan tidak akan ambil mudah dalam setiap pergerakan pemain lawan," tambahnya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menang ke atas Vietnam pada tahun 2014 dengan keputusan 4-2. 

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Vietnam dan Myanmar. 

Skuad Harimau Malaysia berdepan dengan juara 2008 itu di Stadium Thuwunna 4.30 petang Rabu sebelum meneruskan saingan akhir kumpulan menentang tuan rumah, Myanmar pada 26 November ini.

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Piala AFF

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan