Tarik Diri Piala AFF: KJ Akan Bangkitkan Semula Di Kabinet

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 11:39 AM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membangkitkan semula isu berkaitan gesaan supaya skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat minggu lalu.

Malah, beliau memberi jaminan bahawa isu itu akan dibangkitkan semula pada minggu ini.

"Saya telah bangkitkan isu ini di (mesyuarat) Kabinet minggu lalu. Akan berbuat demikian semula minggu ini," tulisnya di Twitter.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar pada saingan Piala AFF Suzuki di negara itu pada Sabtu ini.

Mohd Asri berkata gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.

Bagaimanapun, Khairy berkata pendirian KBS mengenai gesaan itu hanya akan diputuskan mengikut keputusan sebulat suara dalam Kabinet.

"Pendirian berpandukan keputusan Kabinet," katanya.

Pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar Ahad lalu, Malaysia menang 3-2 ke atas Kemboja.

Skuad Harimau Malaysia akan turun menentang pasukan Vietnam pada aksi kedua kumpulan pada petang Rabu.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa dilakukan pasukan keselamatan Myanmar.



iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan