Piala AFF: Mufti Perlis Gesa Harimau Malaysia Tarik Diri

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 10:18 AM

Ketua pasukan kebangsaan Mohd Amri Yahyah (empat, kiri) meraikan jaringan ketiga skuad negara pada aksi pembukaan kumpulan B antara Malaysia dengan Kemboja dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, Yangon pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar pada saingan Piala AFF Suzuki di negara itu pada Sabtu ini.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.

"Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan segala jenayah kemanusiaan yang lain yang dilakukan atas kuasa pemerintah Myanmar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan memandang serius kezaliman kerajaan Myanmar terhadap penduduk Islam di negara itu.

"Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Lebih dari itu, ia merupakan kezaliman terhadap satu etnik dan mereka itu beragama Islam.

"Ketegasan kerajaan dalam hal ini amat diharapkan" katanya.

Pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar Ahad lalu, Malaysia menang 3-2 ke atas Kemboja.

Skuad Harimau Malaysia akan turun menentang pasukan Vietnam pada aksi kedua kumpulan pada petang Rabu.

Ia adalah gesaan terbaharu terhadap pasukan kebangsaan selepas Naib Yang Dipertua PAS Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh pada Selasa mahu Harimau Malaysia menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF yang sedang berlangsung sebagai solidariti membantah kekejaman rejim junta tentera terhadap umat Islam di Myanmar.


Tags / Kata Kunci: Piala AFF Suzuki , Dr Mohd Asri , tarik diri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan