AS: Arena Ganti Klinsmann

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 8:03 AM

(Ubah saiz teks)

BRUCE Arena dilantik sebagai Ketua Jurulatih Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua, menggantikan Jurgen Klinsmann yang dipecat pada Isnin.

Jurulatih berusia 65 tahun itu yang meninggalkan LA Galaxy untuk jawatan tersebut pernah mengemudi AS mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia pada 2002 pada musim pertama berkhidmat.

Arena merupakan antara pengurus AS yang mempunyai prestasi terbaik dengan 71 kemenangan daripada 130 perlawanan antara tahun 1998 dan 2006.

Dia juga memenangi lima Piala MLS bersama LA Galaxy dan DC United.

Klinsmann, 52, pernah membantu AS mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Piala Dunia pada 2014 di Brazil.

Namun mereka tewas dua perlawanan awal dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Mereka menduduki tangga tercorot dalam aksi peringkat kumpulan, ketinggalan di belakang Panama dan Honduras.

"Apa sahaja peluang untuk melatih skuad kebangsaan, ia satu penghormatan.

"Saya yakin saya boleh mengambil langkah tepat untuk membantu pasukan melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia," katanya.

Arena akan mula bertugas pada 1 Disember dan perlawanan pertamanya adalah aksi di gelanggang sendiri menentang Honduras pada 24 Mac 2017.







Tags / Kata Kunci: Bruce Arena , Amerika Syarikat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan