Gerrard Tolak Tawaran MK Dons, Mahu Kembali Ke Liverpool

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemain legenda Liverpool, Steven Gerrard membuka peluang untuk kembali ke Anfield selepas mengambil keputusan menolak tawaran sebagai pengurus kelab Liga Satu.

Gerrard sebelum ini mengadakan perbincangan serius dengan kelab MK Dons bagi menyambung tugas Karl Robinson yang dipecat baru-baru ini.

Namun pemain berusia 36 tahun itu berubah fikiran dan berkemungkinan mengambil tugas sebagai jurulatih di bekas kelabnya.

Pengurus The Kops, Jurgen Klopp sering mengalu-alukan kehadiran semula Gerrard dan difahamkan pihak pengurusan kelab telah mengadakan perbincangan tidak rasmi bagi merealisasikan perkara tersebut.

Bagaimanapun kehadiran semula Gerrard ke Liverpool mungkin perlu ditangguhkan sehingga musim rehat untuk perbincangan secara rasmi memandangkan pengurus kelahiran Jerman tersebut mahu memberi tumpuan terhadap kelab itu.

Sekiranya Gerrard kembali, dia mungkin diberikan tugas melatih pemain muda di akademi memandangkan statusnya sebagai seorang legenda.

Bekas pemain tengah England itu bermain untuk kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy dan mengumumkan meninggalkan pasukan tersebut selepas kontraknya tamat.

Tags / Kata Kunci: Steven Gerrrard , Liverpool , Jurgen Klopp

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan