KJ Mahu Skuad Harimau Malaysia Kekal Semangat Juang Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu skuad bola sepak negara di Piala AFF Suzuki mengekalkan semangat juang yang ditampilkan ketika menewaskan Kemboja 3-2, apabila berdepan Vietnam, Rabu ini.

Pada masa sama, Khairy berharap barisan pertahanan negara dapat dimantapkan lagi agar skuad Harimau Malaysia dapat sekurang-kurangnya memperoleh satu mata berdepan juara 2008 itu, bagi memudahkan laluan ke separuh akhir.

"Saya ucapkan tahniah kepada Harimau Malaysia. Ia satu kemenangan yang walaupun sukar dicapai, akhirnya dapat disempurnakan juga.

"Namun saya harap (jurulatih) Datuk Ong Kim Swee dapat menyediakan pemain  menghadapi cabaran yang lebih besar menentang pasukan pilihan Vietnam nanti," katanya.

Beliau diminta mengulas persembahan skuad negara selepas merasmikan Jelajah Kampus Rakan Muda 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris kampus Sultan Abdul Jalil di sini pada Isnin.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar, semalam Malaysia bangkit dua kali sebelum menang 3-2 ke atas Kemboja manakala Vietnam menewaskan tuan rumah 2-1.

Mengulas lanjut, Khairy berkata dua gol mudah yang diberikan kepada Kemboja tidak sepatutnya berlaku sekiranya skuad Harimau Malaysia lebih berwaspada mengawal pergerakan lawan.

Oleh itu, beliau mahu Kim Swee memperbaiki mutu permainan anak buahnya menjelang pertemuan menentang Vietnam kerana lawan itu mempamerkan rentak yang pantas semasa menentang Myanmar.

Beliau turut berharap skuad Harimau Malaysia mampu sekurang-kurangnya menyamai pencapaian pada edisi lalu dengan mara ke pentas akhir dalam kejohanan bola sepak serantau itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan