Kane Suntik Kemenangan Spurs

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUA gol saat akhir dijaringkan Harry Kane melonjak kebangkitan Tottenham Hotspur untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas West Ham United di White Hart Lane, awal pagi Ahad.

Ketika Spurs ketinggalan 2-1, Kane menjaringkan gol dari jarak dekat dua minit sebelum tamat masa perlawanan sebenar.

Dia kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan selepas Son Heung Min dikasari dalam kotak penalti.

Sepakan penalti itu adalah yang kedua dihadiahkan oleh pengadil Mike Dean pada pertembungan penuh dramatik tersebut.

Manuel Lanzini turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Winston Reid turut dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-68.

Michail Antonio menghadiahkan gol pendahuluan buat West Ham menerusi tandukan pada minit ke-24 sebelum Harry Winks menyamakan kedudukan pada minit ke-51.

Ia juga merupakan gol sulung Winks pada penampilan pertamanya dalam skuad utama Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu membolehkan Spurs melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Tottenham Hotspurs , EPL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan