Peluang Gareth Southgate Bergelar Ketua Jurulatih England

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

PEMANGKU jurulatih England, Gareth Southgate akan ditemuduga oleh FA England pada Isnin bagi mengisi jawatan penting skuad tersebut yang kekesongan ketika ini.

Peluang Southgate untuk bergelar ketua jurulatih juga cerah kerana FA tidak menemuduga calon lain.

Badan induk bola sepak England itu percaya bekas pemain negara berkenaan mampu melaksanakan tugas dengan baik selepas berjaya mencungkil bakat muda sebelum ini.

"Sesetengahnya tidak percaya bahawa skuad muda England sekarang adalah hasil pembangunan yang dilakukan oleh Southgate.

"Skuad Bawah-21 Tahun (B21) England yang dibimbing Southegate sebelum ini berjaya menjuarai Toulon Tournament di Perancis," kata Pengerusi FA, Greg Clarke.

Bekas Pengurus Middlesbrough itu berkata, dia bersedia untuk kembali membimbing skuad B21 sekiranya temuduga tersebut tidak berjaya.

Ini kerana katanya, skuad B-21 bakal mengharungi kejohanan Kejuaraan Eropah B21 dalam tempoh terdekat.

"Saya berbangga dengan kejayaan skuad B21 melayakkan diri ke saingan Kejuaraan Eropah B21.

"Oleh itu jika ada sesuatu yang berlaku, saya akan kembali membimbing skuad B21 dalam kejohanan berkenaan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: England , Eropah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan