Presiden FAM: PM Pujuk TMJ

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 2:26 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan beliau menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memujuknya supaya menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Kepada semua peminat bola sepak di Malaysia, untuk makluman anda saya telah menerima begitu banyak panggilan yang memujuk saya untuk menjadi Presiden FAM.

"Ini termasuk panggilan daripada Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, media-media, dan juga presiden kelab-kelab lain serta ahli gabungan," katanya dalam satu kenyataan di laman web Johor Southern Tigers pada Jumaat.

Namun, Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata, beliau merasakan dirinya tidak sesuai mengisi jawatan Presiden FAM.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak sesuai bagi jawatan tersebut atas dasar wujudnya konflik kepentingan," katanya.

Pun begitu, Tunku Ismail berkata, beliau akan berusaha meningkatkan mutu bola sepak negara dengan membantu pengurusan baharu FAM menerusi kaedah belakang tabir.

Jelas beliau, pembaharuan yang dirancang terhadap skuad kebangsaan negara ibarat hadiah untuk peminat dan penyokong bola sepak Malaysia.

"Setiap tiga bulan sekali mesyuarat FAM akan diadakan di setiap negeri dan penyokong diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan selepas mesyuarat tersebut bagi mengetahui perkembangan bola sepak tanahair," katanya.

Malah, Tunku Ismail tetap mahu barisan pengadil diletakkan di bawah badan bebas.

Pada masa sama, beliau menyarankan semua kelab supaya mempunyai projek pembangunan akar umbi.

Mengenai isu tunggakan gaji pemain, Tunku Ismail mencadangkan mana-mana kelab yang gagal membayar gaji pemain akan dibatalkan penyertaan dalam Liga Malaysia.

"Kelab-kelab yang gagal membayar gaji akan dibatalkan penyertaan," katanya.

Sementara itu, beliau juga mahu sebuah pasukan kejurulatihan dari Sepanyol untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan.

"Saya yakin dengan formula ini, kita akan mempunyai liga yang lebih profesional, membantu segi kewangan kelab dan memiliki persaingan yang akan membawa kepada peningkatan dalam prestasi pasukan kebangsaan kita.

"Ini adalah sumbangan ikhlas saya kepada peminat bola sepak negara. Nikmatinya," kata Tunku Ismail.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail Sultan Ibrahim , FAM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan