Sah! Kerusi Presiden Kafa Kosong, Annuar Biaya RM3 Juta Bantu Red Warriors

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 1:14 PM

Annuar bersama barisan exco Kafa selepas mesyuarat di Bangunan Mara, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya akur dengan hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk melepaskan jawatan sebagai presiden persatuan itu.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat khas exco Kafa di pejabat Annuar di Bangunan Mara di sini, Jumaat.

Walau bagaimanapun Annuar berjanji akan membantu pasukan Kelantan yang berhadapan masalah kewangan menyertai saingan Liga Malaysia musim depan.

"Masalah kewangan yang dihadapi pasukan Kelantan adalah real. Namun bukan niat saya dan exco untuk menyebabkan Kelantan tidak boleh bertanding musim depan.

"Oleh itu walaupun tidak lagi memegang jawatan, saya akan bantu menyalurkan geran berjumlah RM3 juta kepada Kafa melalui syarikat saya supaya pasukan Kelantan terus bersaing," katanya.

Selain itu, Annuar turut berjanji untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain yang menyelubungi skuad Kelantan sejak musim lalu.

"Sebagai bukti komitmen saya kepada pasukan Kelantan, minggu depan saya akan berikan RM500,000 kepada Kafa untuk selesaikan masalah gaji tertunggak.

"Wang itu hanya boleh digunakan untuk membayar gaji pemain," katanya.

Terdahulu, surat perletakkan jawatan Annuar bertarikh 8 November ditolak exco Kafa menerusi mesyuarat khas yang diadakan pada 10 dan 15 November lalu.

Annuar mula memegang jawatan itu sejak 2008 dan tempoh perkhidmatan beliau sepatutnya berakhir pada 2018.

Sepanjang perkhidmatannya, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh memimpin pasukan Kelantan sehingga memperolehi pelbagai kejayaan antaranya meraih tiga kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Sementara itu Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata pihaknya akan berusaha menyelesaikan isu kekosongan jawatan presiden secepat mungkin.

"Kafa mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar, walaupun tidak lagi memegang jawatan beliau tetap menunjukkan komitmen yang tinggi untuk bantu selesaikan isu kewangan yang dihadapi Kafa.

"Kafa akan uruskan isu ini dengan segera, jadi mulai sekarang siapa yang mahu menawarkan diri untuk memimpin Kafa...kita alu-alukan.

"Malah kami juga sedia mengambil langkah yang lebih drastik termasuk mengadakan persidangan khas bagi memilih barisan exco yang baharu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Kafa , Liga Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan