T-Team Bakal Hilang Tujuh Tonggak Utama Musim Depan

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team bakal kehilangan tujuh tonggak utama dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata kedua-dua penjaga gol pasukan itu, Muhammad Ilham Amirullah Razali memutuskan untuk berhijrah ke Felda United, manakala Wan Azraie Wan Teh menyarung jersi Pahang.

Katanya, Asrol Ibrahim, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Radhi Mohd Yusof, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris dan Arif Fadzilah Abu Bakar, turut akan beraksi bersama pasukan lain, antaranya kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Beliau berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa pemain baharu termasuk pemain import dari Uzbekistan serta pemain daripada skuad Piala Presiden negeri.

"Kita akan segera mengisi kekosongan kesemua posisi ditinggalkan pemain tersebut dan penggantian juga akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengikat pemain bersama pasukan T-Team bagi musim depan.

"Pemain tempatan ramai berhijrah, dan dengan kehilangan pemain tonggak itu,  kita akan lihat posisi mana paling kritikal untuk diisi dan jika ia memerlukan kekuatan pemain import, kita akan cuba dapatkan khidmat mereka," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Mohd Syahrizan berkata jika diberi pilihan, pihaknya mahu mengekalkan pemain import sedia ada seperti Makan Konate, Abdoulaye Maiga, Dilshod Sherofetdinov dan Patrick Cruz Dos Santos, namun ia bergantung kepada keputusan Rachmad Darmawan selaku pengendali pasukan itu.

Beliau berkata pihaknya juga akan menggunakan peruntukan RM10 juta daripada  kerajaan negeri secara berhemah bagi meningkatkan prestasi dan melangkah lebih jauh pada musim akan datang.

Untuk rekod, T-Team menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan mengumpul 27 mata, selain berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2016. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: T-Team , Liga Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan