Lionel Messi Tolak Kontrak Baharu Bersama Barca

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 8:15 AM

Lionel Messi. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dilaporkan telah menolak kontrak baharu yang ditawarkan oleh kelabnya Barcelona.

Situasi ini membuatkan Manchester City didakwa cuba memanfaatkan peluang untuk membawa Messi ke Stadium Etihad.

Memetik laporan akhbar tempatan Marca, Messi secara rasmi akan meneliti semula lanjutan kontrak yang ditawarkan Barcelona bagi memastikan pemain itu terus berada di Camp Nou.

Kontrak Messi akan berakhir pada 30 Julai 2018.

Messi memberikan beberapa alasan untuk meneliti semula kontrak itu termasuklah ingin fokus membawa Barcelona menjadi juara di semua perlawanan musim 2016/17.

Selain itu, pemain Argentina ini juga berkata dia ingin memberi tumpuan untuk menyelesaikan kes mahkamah berhubung kes penipuan cukai.

Manchester Evening News melaporkan situasi tersebut cuba dimanfaatkan Manchester City untuk menerbangkan Messi ke Stadium Etihad.

Man City dikatakan akan menawarkan kertas kerja cadangan tawaran rasmi kepada Barcelona untuk mendapatkan Messi awal musim depan.

Pep Guardiola juga tidak bermasalah untuk membawa masuk Messi dalam pasukannya kerana dia sejak awal lagi memang sudah berminat dengan Messi.

"Saya berharap dia benar-benar dapat bermain di Manchester City. Tapi, saya juga berharap dia dapat menghabiskan kariernya di Barcelona," kata Guardiola.
Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Barca , lanjutan kontrak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan