Piala AFF: Harimau Malaysia Sarung Jersi Baharu

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 3:19 PM

Pengurus Pemasaran Nike Malaysia Nino Priambodo (kiri) bersama Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee (kanan) serta para pemain Harimau Malaysia (dari dua kiri) Nazirul Naim, Baddrol Bakhtiar, Mattew Davies dan Zaquan Adha bergambar bersama jersi baharu ketika majlis memperkenalkan jersi baharu Harimau Malaysia bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2017 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PASUKAN bola sepak Malaysia mendapat tonik tambahan menjelang Piala AFF Suzuki di Myanmar dengan menyarung kit terbaharu daripada pengeluar pakaian sukan terkemuka, Nike.

Skuad Harimau Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ini bakal memakai set jersi terbaharu dengan rekaan  berteknologi tinggi bagi memastikan aksi lebih pantas pemain-pemain negara.

Lebih menarik, tahun ke-10 menjadi penaja skuad utama negara, Nike tampil dengan warna yang lebih garang bagi jersi 'home' iaitu warna hitam serta kuning.

Manakala jersi 'away' berwarna putih digarisi dengan warna biru di bahagian dalam.

Menurut Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Primbodo, jersi terbaharu Dri-Fit berteknologi ini turut dilengkapi dengan peningkatan prestasi peredaran udara untuk mengawal suhu badan setiap pemain yang memakainya.

"Ia juga mampu membantu pemain menjadi lebih pantas dan agresif ketika beraksi,"jelasnya pada majlis pelancaran kit terbaharu itu.

Antara pemain yang hadir memperkenalkan kid terbaharu ini termasuk Baddrol Bakhtiar, Matt Davies, Nazirul Naim dan Zaquan Adha.

Baddrol Bakhtiar yang juga kapten pasukan Malaysia mengakui jersi terbaharu ini lebih ringan, malah mempunyai ruang udara yang mampu melonjakkan prestasi seseorang pemain.

"Rekaan yang lebih terperinci di jersi ini membantu atlet meningkatkan prestasi memandangkan ianya lebih ringan dan memberi kebebasan terhadap pergerakan," jelas Baddrol.

Peminat bola sepak negara boleh  mendapatkan kit eksklusif ini bermula 16 November di semua rangkaian butik Al-Ikhsan dengan harga RM289 sehelai.

Sementara itu, skuad Harimau Malaysia bakal terbang ke Yangon pada Rabu bagi mengharungi saingan Kumpulan B bersama  tuan rumah Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan