Rooney Sumbang Jersi Kemenangan Kepada Pesakit Kanser Tulang

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 7:55 AM

Jersi milik Wayne Rooney yang disumbangkan kepada pesakit kanser tulang, Kasabian Newton-Smith. Foto Twitter SDJSFL

(Ubah saiz teks)

KAPTEN skuad kebangsaan England, Wayne Rooney menunjukkan sokongannya kepada seorang pesakit lelaki berusia lapan tahun dengan menyumbangkan jersi kemenangannya ketika menentang Scotland, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 itu, England menundukkan Scotland dengan 3-0.

Kasabian Newton-Smith yang berasal dari Sheffield, England didiagnosis dengan satu penyakit kanser tulang.

Menerusi satu kempen di media sosial bagi memberikan sedikit 'satu senyuman terakhir' buat Kasabian, pemain England dan Manchester United itu menghantar satu baju yang siap ditandatanganinya.

Baju milik Rooney itu turut tertera mesej 'terus berjuang'.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun twitter Grassroots, Rooney berkata: "Saya hanya mahu mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Saya berharap anda okay.

"Saya mahu mengatakan betapa bangganya saya bersama pemain-pemain England yang lain terhadap anda, dan keberanian yang anda tunjukkan.

"Saya menyimpan baju yang dipakai ketika menentang Scotland, Jumaat malam (awal pagi waktu Malaysia). Baju itu akan dihantar kepada anda.

"Saya berharap anda menyukainya, dan berharap juga ia akan membuatkan anda tersenyum," ujar Rooney. - Mail Online

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan