Banyak Kelemahan Perlu Diperbaiki Menjelang Piala AFF - Kim Swee

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 8:52 PM

Amri Yahyah meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Papua New Guinea di Stadium Shah Alam pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kemenangan tipis 2-1 skuad Harimau Malaysia ke atas Papua New Guinea (PNG) pada aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Shah Alam pada Isnin masih belum menggembirakan Datuk Ong Kim Swee.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan itu menegaskan pemain belum mencapai tahap permainan terbaik, namun percaya kemenangan itu mampu membakar semangat anak buahnya untuk memburu kemenangan pada aksi sulung Kumpulan B menentang Kemboja dalam saingan Piala AFF di Myanmar, Ahad ini.

"Masih banyak perlu diperbaiki berdasarkan perlawanan petang ini. Kami masih  banyak melakukan kesilapan tidak sepatutnya dan ini akan digunakan sepenuhnya  pihak lawan dalam usaha mereka mendapatkan gol," katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.

"Selepas ini kami akan berusaha dan memberi lebih tumpuan kepada cara kami bertahan supaya perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang," jelas Kim Swee.

Pada aksi hari ini, skuad kebangsaan dikejutkan dengan jaringan Nigel Dabinyaba seawal minit keenam sebelum skuad kebangsaan berjaya menjaringkan dua gol, masing masing menerusi penyerang Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-20 dan sepakan penalti disempurnakan kapten pasukan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-47.

Berkongsi pandangan sama adalah Mohd Amri yang memuji komitmen dipamerkan rakan sepasukan pada aksi persahabatan itu dan berharap ia dapat diteruskan apabila berdepan Kemboja nanti.

"Kami turun petang ini dalam keadaan bersedia dan memberi sepenuh fokus untuk memenangi perlawanan...saya mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang menunjukkan komitmen tinggi pada perlawanan ini," kata pemain Johor Darul Ta'zim itu.

Ketua jurulatih Papua New Guinea, Flemming Serritslev pula menyalahkan pengadil berikutan keputusan yang tidak memihak kepada pasukannya pada perlawanan itu, namun pada masa sama memuji persembahan terbaik skuad Malaysia.

"Dalam bola sepak, kita dibenarkan melakukan asakan badan terhadap pemain lawan tetapi saya tidak mengerti mengapa pengadil seperti membuat keputusan berat sebelah terhadap pasukan kami.

"Bagaimanapun, saya harus memuji pasukan Malaysia yang lebih bersedia berbanding ketika tewas (0-2) kepada kami pada perlawanan persahabatan sebelum ini, Jun lepas," kata jurulatih kelahiran Denmark itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , PNG , aksi persahabatan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan