Skuad NBA Cleveland Cavaliers, Kelab Man United Terima Bayaran Tertinggi Di Dunia

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 7:18 AM

Cleveland Cavaliers merupakan pasukan sukan yang mendapat bayaran tertinggi di dunia, manakala Manchester United menjadi kelab bola sepak menerima bayaran tertinggi di dunia. Foto Mail Online

(Ubah saiz teks)

SKUAD bola keranjang Cleveland Cavaliers menjadi pasukan yang mendapat bayaran tertinggi dalam dunia sukan, dengan bayaran purata £6.5 juta (RM35.02 juta), manakala Manchester United merupakan pasukan bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia, £5.77 juta seorang (RM31.09 juta) bagi musim ini.

Perkara itu didedahkan oleh Sportsmail dalam satu kaji selidik gaji sukan global membabitkan 10,000 pemain dari 333 pasukan menerusi 17 liga daripada tujuh sukan.

Secara keseluruhannya, Persatuan Bola Sepak Keranjang (NBA) merupakan liga sukan yang mendapat bayaran tertinggi di dunia, dengan setiap bintang mereka secara purata mendapat £4.8 juta (RM25.86 juta) setahun.

Cleveland Cavaliers merupakan juara bagi NBA tahun ini.

Liga Perdana Inggeris pula menjadi liga bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di dunia setakat ini, dengan gaji asas purata musim ini sebanyak £2.4 juta (RM12.93 juta) setiap pemain.

Bayaran purata itu sekali ganda berbanding liga bola sepak yang mendapat gaji tertinggi kedua iaitu La Liga Sepanyol. - Mail Online

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan