Usain Bolt Jalani Latihan Bersama Kelab Jerman

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 1:02 PM

Bolt masih mengekalkan rekod terpantas acara pecut menjadi miliknya.
(Ubah saiz teks)

BERLIN: Manusia terpantas di dunia, Usain Bolt sudah lama menyuarakan hasrat untuk bergelar sebagai pemain bola sepak.

Sebelum ini, pelari kelahiran Jamaica itu secara terbuka meminta pengurus yang pernah mengendalikan Manchester United, Sir Alex Ferguson dan David Moyes untuk mendapatkan khidmatnya.

Walaupun hasratnya itu dianggap sebagai gurauan tetapi kali ini impiannya untuk menjadi pemain bola sepak mungkin tercapai cerah apabila dia dijadualkan mengikuti latihan dengan kelab Jerman, Borussia Dortmund.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Hans-Joachim Watzke berkata kepada majalah Kicker pada Ahad, perkara tersebut bukan gurauan atau sebahagian daripada strategi pemasaran.

Watzke berkata demikian sebagai menjawab laporan dalam portal Guardian yang menyebut Bolt akan menjalani latihan dengan Dortmund.

Dortmund dan Bolt ditaja oleh syarikat sukan yang beroperasi di Jerman, Puma dan presiden firma itu telah menghubungi kelab berkenaan untuk menyampaikan hasrat pelari terbabit menjalani latihan.

"Kami telah membincangkan perkara ini sudah lama dan Ketua Pegawai Eksekutif Puma, Bjorn Gulden yang merupakan ahli lembaga kelab ini, memberitahu tentang hasrat Bolt.

"Bagi kami, latihan ini tidak mendatangkan masalah. Malah jurulatih kelab, Thomas Tuchel menyokong idea tersebut," katanya tanpa menjelaskan sama ada Bolt akan bermain untuk Dortmund.

Tags / Kata Kunci: Usain Bolt , Borrusia Dortmund

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan