Kim Swee Buru Rentak Kemenangan Ke Piala AFF

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea (PNG) esok menjadi platform penting buat skuad Harimau Malaysia mencari rentak kemenangan menjelang saingan Piala AFF yang bermula 20 Nov ini.

Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee yang menerima kritikan daripada penyokong berikutan prestasi kurang memuaskan sejak awal tahun ini, mahu melihat pemainnya mempamerkan corak permainan lebih teratur pada aksi di Stadium Shah Alam, petang esok.

"Saya tidak peduli dengan kritikan ini kerana bagi saya, penyokong yang sejati ialah mereka yang kekal memberi sokongan biarpun pasukan itu tewas. Kalau nak kritik, kritiklah saya selepas Piala AFF nanti...saya sedia terima segala kritikan untuk kebaikan bola sepak negara.

"Aksi menentang PNG ini bukan mudah...saya mahu melihat pergerakan yang lebih teratur bukan sahaja ketika menyerang tetapi perlu lebih berdisiplin dan terurus ketika bertahan juga. Saya perlu menggilap segala kelemahan ini sebelum bertemu Kemboja pada Ahad depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat koordinasi perlawanan persahabatan menentang PNG, di Wisma FAM di sini, Ahad.

Jurulatih berasal dari Melaka itu juga tidak berhasrat memanggil mana-mana pemain tambahan dalam senarai 25 pemain yang sedang menjalani latihan pusat, berikutan kecederaan pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Pee.

"Dia (Ahmad Khuzaimi) tidak ada dalam kesebelasan utama untuk aksi menentang  PNG dan akan menjalani imbasan esok sebelum kami memutuskan kedudukannya sebaik menerima laporan perubatannya.

"Saya tidak boleh memanggil mana-mana pemain menggantikannya sekarang kerana ketika ini sudah di luar musim pertandingan. Saya perlu menilai kecergasan pemain, jika mengambil pemain lain," katanya yang percaya 24 pemain yang ada mampu mengisi kekosongan itu.

Selepas gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut apabila sekadar seri tiga kali dalam aksi persahabatan antarabangsa dan menang 4-3 ke atas skuad bawah 22 tahun negara dua hari lalu, Harimau Malaysia perlu mencipta kemenangan untuk meraih keyakinan penyokong.

Senarai akhir 23 pemain untuk mengharungi Piala AFF di Myanmar akan diumumkan pada Selasa ini, selepas mengambil kira prestasi pemain pada aksi menentang PNG, esok.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen menentang Kemboja pada 20 Nov sebelum berdepan Vietnam (23 Nov) dan tuan rumah Kumpulan B, Myanmar (26 Nov), perlu berada dalam kelompok dua pasukan teratas untuk mara ke separuh akhir.

Sementara itu, jurulatih PNG, Flemming Serritslev yang menjangkakan cabaran sengit dari Malaysia, meletakkan harapan kepada penyerang lincahnya, Tommy Semmy yang meledak dua gol ketika menewaskan Harimau Malaysia 2-0 sewaktu Jelajah Ocenia Jun lalu.

PNG tidak bermain dalam sebarang aksi kompetitif selepas pertemuan dengan Malaysia kerana semua kemudahan bola sepak negara itu ditutup untuk persediaan Piala Dunia Wanita Bawah 20 tahun yang dianjurkan mereka mulai hari ini.

"Pasukan ini tidak berada pada tahap fizikal terbaik seperti pertemuan pertama dulu dan ini terbukti apabila kami tewas 1-8 dalam perlawanan persahabatan menentang Iran tiga hari lepas," katanya.

Sebagai rekod, Malaysia pernah membelasah PNG 10-1 pada aksi persahabatan pada 1976 dan 5-1 pada 1984, sebelum tewas dalam perlawanan kali ketiga itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan