Manchester United Disenarai Kelab Bayar Gaji Pemain Tertinggi Dunia

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United disenarai sebagai pasukan yang membayar gaji tertinggi di dunia menurut kajian global, dengan skuad utamanya diberi gaji purata sebanyak £5.77 (RM316 juta) setahun setiap seorang.

Kaji selidik itu dilakukan terhadap 10,000 ahli sukan daripada 333 pasukan meliputi 17 liga terkaya dunia.

Walaupun pasukan bola keranjang dikesan sedang mendaki carta pasukan yang membayar gaji tertinggi kerana Brexit dan peningkatan jumlah bayaran tajaan namun United masih kekal kelab yang membayar gaji tertinggi setakat ini.

Kajian itu juga menunjukkan purata gaji pokok yang dibayar kepada setiap pemain Liga Perdana Inggeris adalah sebanyak £2,438,275 (RM13.5 juta) setahun atau £48,766 (RM270,00) seminggu.

Jumlah yang dibayar kepada setiap pemain di England adalah sekali ganda daripada yang diterima setiap pemain La Liga secara iaitu sebanyak £24,786 (RM137,000) seminggu.

Kajian yang dilakukan The Global Sports Salary Survey (GSSS) itu mendapati pemain di Old Trafford menerima gaji pokok sekitar £110,962 (RM616,585) seminggu.

Peningkatan kedudukan United sebagai majikan yang membayar gaji tertinggi juga dipengaruhi oleh kemasukan Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic pada awal musim ini.

Barclona yang memiliki tiga rangkaian penyerang terbaik dunia iaitu  Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez berada di kedudukan kedua manakala Manchester City ketiga dan Real Madrid keempat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan