Annuar Musa Tidak Berganjak

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tan Sri Annuar Musa tetap dengan pendiriannya meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebagai memberikan laluan kepada individu yang lebih layak menerajui persatuan itu.

Katanya beliau tidak mahu menjadi seorang yang tamakkan jawatan setelah merasakan beliau tidak lagi berkemampuan untuk menguruskan Kafa.

Bagaimanapun, beliau yakin terdapat ramai anak Kelantan yang berjaya di luar sana yang boleh membawa pasukan bola sepak negeri itu ke peringkat yang lebih cemerlang.

"Ini bukan bermakna saya merajuk dengan sesiapa, atau tidak akan membantu Kafa selepas tidak memegang jawatan presiden. Saya tetap akan membantu setakat mana mampu.

"Kita tengok dulu apabila calon baharu ambil alih Kafa...jika tidak ada keserasian, saya tidak ada masalah untuk kembali semula kepada Kafa," katanya.

Annuar, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan dengan kepimpinan akar umbi Umno peringkat negeri di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Penerangan Umno Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau mengulas laporan media hari ini yang menyatakan barisan Exco Kafa terus mendesak supaya beliau menarik balik hasratnya meninggalkan jawatan presiden seperti mana yang diumumkannya Selasa lepas.

Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Affandi Hamzah dipetik sebagai berkata Annuar masih kekal menerajui persatuan itu selepas surat peletakan jawatannya  ditolak sebulat suara oleh anggota Exco Kafa yang bermesyuarat Khamis lepas.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau tidak perlu mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Jawatankuasa Pengurusan Kafa kerana jawatan berkenaan bukan dilantik jawatankuasa tersebut.

"Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu, saya rasa tidak perlu mengemukakan hasrat (letak jawatan) saya ini kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Kafa, sebaliknya cuma memaklumkan kepada setiausaha agung Kafa ahaja," katanya.

Beliau mengakui ada wakil Kafa datang berjumpa dengannya semalam bagi membincangkan perkara itu dan beliau akan melihat semula prosedur peletakan jawatan itu.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Kafa , Umno

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan