Van Persie Makin Pulih - Bola Sepak | mStar

Van Persie Makin Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 11:51 AM

Van Persie yang cedera pada mata kiri kelihatan semakin pulih sedang berehat bersama isterinya, Bouchra.

(Ubah saiz teks)

ROBIN Van Persie kini semakin pulih selepas cedera pada mata kiri ketika beraksi bersama pasukan Turki, Fenerbahce menentang Akhisar Belediyespor baru-baru ini.

Penyerang yang berasal dari Belanda itu cedera ketika bertembung dengan pemain sepasukan lawan, Abdulwahid Sissoko di kawasan penalti.

Sebaik mendapat rawatan kecemasan, Van Persie diusung keluar padang dalam keadaan mata kirinya berdarah.

Laporan sebelum ini juga menyebut kemungkinan pemain ini berdepan risiko matanya buta akibat kecederaan serius itu.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, bekas pemain Manchester United itu kini kelihatan sedang berehat bersama isterinya, Bouchra dengan matanya yang masih bengkak.

"Matanya umpama peninju tetapi makin pulih," kata Bouchre menerusi akaun Instagramnya.

Van Persie sendiri menerusi akaun Twitternya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong kerjayanya selama ini.

Pemain berusia 33 tahun ini juga memaklumkan beliau kini dalam keadaan dan kejadian yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan kelopak matanya terkoyak.

Fenerbahce akan beraksi menentang Galatasaray menerusi Liga Turki pada 20 November ini.

Bagaimanapun, belum diketahui samada Van Persie akan disenaraikan untuk bermain pada perlawanan itu.

Tags / Kata Kunci: Robin Van Persie , Turki
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan