Piala Dunia 2018: England Perkukuh Kedudukan Kalahkan Scotland 3-0

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 7:28 AM

Sebahagian pemain England meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Scotland 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi Sabtu. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

ENGLAND berjaya mengalahkan Scotland 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Wembley, London, awal pagi Sabtu.

Tiga gol itu hadir menerusi Daniel Sturridge, Adam Lallana dan Gary Cahill.

Kemenangan ini memastikan England mengukuhkan kedudukan di puncak carta Kumpulan F dengan mengumpul 10 mata dari 4 perlawanan, unggul dua mata berbanding Slovenia.

Scotland berada di kedudukan kelima dengan 4 mata.

England unggul pada babak pertama perlawanan menerusi gol yang diledakkan Daniel Sturridge pada minit ke-24. Penyerang Liverpool itu menyundul umpan bek kanan Kyle Walker sebelum terhasilnya gol.

Pada minit ke-50, England mengubah kedudukan menjadi 2-0. Kali ini giliran Adam Lallana yang menyundul umpan lambung daripada Danny Rose.

Skuad bimbingan Gareth Southgate itu memastikan kemenangan menerusi tandukan Gary Cahill yang memanfaatkan umpan sepak Wayne Rooney.

Dalam perlawanan ini Rooney bermain sepenuh masa selepas Harry Kane belum pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun Jamie Vardy hanya menjadi pemain ganti.

Susunan Pemain

England: Hart, Rose, Stones, Cahill, Walker, Dier, Henderson, Lallana, Rooney, Sterling, Sturridge (Vardy 75).

Scotland: Gordon, Anya, Wallace, Hanley, Berra, Morrison (McArthur 66), Brown, Darren Fletcher, Forrest, Snodgrass (Ritchie 82), Griffiths.
Tags / Kata Kunci: Kumpulan F , England , Piala Dunia 2018

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan