Piala Dunia 2018: Dimalukan Brazil, Messi Mahu Argentina Buat Perubahan Drastik

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 8:08 AM

Lionel Messi (kanan) cuba mendapatkan bola daripada Neymar dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018, malam Jumaat. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ARGENTINA berada dalam keadaan bahaya dan mungkin tidak akan layak ke Piala Dunia 2018 buat kali pertama sejak 1970, selepas kalah 0-3 kepada Brazil dalam perlawanan kelayakan, malam Jumaat.

Dengan hanya 16 mata, Argentina berada di tangga keenam daripada 10 pasukan yang bertanding untuk merebut empat tempat bagi zon Amerika Selatan.

Brazil unggul dengan 24 mata.

"Kita perlu mengubahnya," kata Messi kepada akhbar Argentina, Ole.

"Kami kecewa dengan keputusan itu, dengan permainan, dan paling malang kami telah tewas dalam satu lagi perlawanan," kata pemain berusia 29 tahun itu memetik ESPN FC.


Argentina telah memenangi hanya satu daripada lima perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia iaitu pada 1 September lalu apabila pasukan itu menewaskan Uruguay 1-0.


Sejak itu, pasukan ini seri dengan Venezuela dan Peru dan tewas kepada Paraguay dan Brazil.


Dalam perlawanan ini, Brazil yang diketuai rakan Messi di Barcelona, Neymar, telah menjaringkan gol ketiganya menentang Argentina di Belo Horizonte, stadium yang sama di mana Brazil tewas 1-7 menentang Jerman pada Piala Dunia dua tahun lalu.


Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan baik, tetapi Argentina yang tidak lama kemudian nampak tidak teratur telah membolehkan Philippe Coutinho menjaringkan gol pada minit ke-25.

Neymar menggandakan jaringan pada babak pertama masa kecederaan, manakala Paulinho menjaringkan gol ketiga Brazil pada babak kedua.

"Kami tidak menjangkakan keputusan ini, kami telah kalah," kata Messi kepada Ole.

"Ia boleh menjadi lebih buruk lagi," tambahnya.

Dengan berbaki tujuh perlawanan pusingan kelayakan, harapan untuk Argentina masih ada dengan paling hampir pasukan ini akan berdepan Colombia pada Rabu.


Permainan ini dilihat sebagai perlawanan 'mesti menang' untuk Argentina, tetapi untuk ia berlaku, Messi berkata pasukan itu perlu membuat "'perubahan drastik'.

"Kita perlu mengubah mental permain kita," katanya kepada Ole.

"Jika mental anda tidak kuat, kaki tidak akan bertindak balas.


"Kami mempunyai beberapa hari untuk melupakan tentang perlawanan ini dan bersedia untuk perlawanan akan datang, tetapi ia perlu berbeza daripada hari ini."

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Piala Dunia 2018

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan