Kecewa Budaya United, Mourinho Kaji Segala Aspek Pengurusan Pasukan

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho sedang mengkaji segala aspek pengurusan skuad utama selepas kecewa dengan budaya yang menjadi amalan di Old Trafford.

Mourinho dilaporkan tidak gembira dengan jabatan perubatan pasukan itu.

Namun, selepas menggantikan Louis van Gaal pada musim panas ini, difahamkan Mourinho mendapati budaya di United tidak menepati jangkaannya.

Difahamkan Mourinho berang dengan jumlah kecederaan pemain United dan dia sedang mengkaji keseluruhan aspek di bawah pengurusannya yang fokus kepada perjalanan, perlawanan pra musim, tahap kecergasan, sains sukan dan pasukannya.

Walaupun beliau berazam untuk mengembalikan semula era kegemilangan United selepas dilantik sebagai pengurus pasukan itu, Mourinho menyaksikan anak buahnya bergelut untuk kekal konsisten.

United kini menduduki tangga keenam, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool selepas 11 perlawanan.

Kemenangan ke atas Swansea pada Ahad lalu hanya kejayaan kedua mereka dalam lapan perlawanan terdahulu membabitkan semua kejohanan.

Mourinho pernah mendedahkan bahawa beliau rasa tidak tenteram hidup bersendirian di sebuah hotel di Manchester dan sering diganggu jurugambar.

Beliau bimbang mengenai situasi pemain United kerana sudah kehilangan 10 ketika ini.

Malah Mourinho secara terang-terangan mengkritik prestasi pemain pertahanan Luke Shaw dan Chris Smalling yang bergelut dengan kecederaan selepas mereka  tewas 1-3 kepada Swansea.

Kritikan itu bagaimanapun mengundang kemarahan Ketua Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), Gordon Taylor.

"Saya kecewa dengan kritikan itu kerana mengenali pemain itu, mereka merupakan pemain berbakat.

"Mereka ada masalah peribadi yang tidak perlu saya kaitkan tapi kadang kala seorang pengurus pada masa sama perlu menjadi pakar psikologi," kata Taylor.

Mourinho pernah memenangi 23 trofi semasa mengendali Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan