Belgium Bangkit Ikat Belanda

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 7:25 AM

Carrasco meraikan jaringannya.

(Ubah saiz teks)

BINTANG Belgium, Yannick Carrasco menjaringkan gol penyamaan saat akhir untuk mengikat Belanda 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Amsterdam Arena, awal pagi Khamis.

Percubaan Carrasco itu berjaya menerjah gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-82.

Belanda terlebih dahulu berada di depan selepas Davy Klaassen menyempurnakan sepakan penalti yang gagal ditepis Simon Mignolet pada minit ke-38.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas Jeremain Lens dikasari Jan Vertonghen di dalam kotak penalti.

Dalam perlawanan itu, Belanda turut kehilangan sentuhan Vincent Janssen yang bergelut dengan kecederaan kepala akibat dirempuh Mignolet yang cuba menepis hantaran Laurent Ciman.

Lebih memburukkan keadaan, Stijn Schaars mengalami kecederaan otot dan Lens terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring pada babak kedua perlawanan.

Beberapa siri kecederaan yang membelenggu pemain Belanda sekali gus menjejaskan persiapan pasukan itu menjelang pertembungan dengan Luxembourg pada aksi kelayakan Piala Dunia, Ahad ini.

Belgium akan bertemu Estonia pada aksi kelayakan Piala Dunia di Brussels, Ahad ini.

Pasukan lawan itu terlepas beberapa peluang untuk menggandakan jaringan apabila tandukan De Bruyne pada babak pertama sedikit tersasar dan sepakan percumanya berjaya ditampan Maarten Stekelenburg.

Romelu Lukaku yang diturunkan ketika perlawanan berbaki 25 minit terlepas peluang untuk merembat masuk hantaran Eden Hazard.

Pemain pertahanan Vincent Kompany pula digugurkan dari skuad utama Belgium sebelum aksi sepak mula kerana mengalami masalah ketidakselesaan semasa sesi pemanas badan.

Tags / Kata Kunci: Belgium , Belanda

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan