Pioli Dilantik Jurulatih Baharu Inter Milan

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 9:00 AM

Stefano Pioli.

(Ubah saiz teks)

INTER Milan melantik Stefano Pioli sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu menggantikan Frank de Boer.

Pioli, 51, yang dipecat oleh Lazio pada April lalu bersetuju mengikat kontrak bersama Inter sehingga Jun 2018.

De Boer dipecat pada minggu lalu, menyaksikan Stefano Vecchi mengemudi pasukan itu menentang Southampton pada aksi Liga Europa dan Crotona pada Serie A.

Marcelino dan Gianfranco Zola turut dikaitkan dengan jawatan tersebut tetapi Pioli merupakan calon pilihan pihak pengurusan tertinggi Inter.

"FC Internazionale amat berbesar hati mengesahkan Stefano Pioli akan menjadi ketua jurulatih Inter Milan yang baharu sehingga 30 Jun 2018.

"Turut menyertai Pioli adalah Giacomo Murelli (pembantu jurulatih), Davide Lucarelli (pembantu teknikal), Matteo Osti (jurulatih kecergasan) dan Francesco Perondi (jurulatih kecergasan)," demikian menurut kenyataan Inter Milan.

Pioli yang berasal dari Parma memulakan kariernya sebagai jurulatih profesional bersama Salernitana dalam aksi Serie B pada 2003/2004.

Beliau kemudiannya mengemudi Modena selama dua musim bermula 2004 hingga 2006 dalam liga yang sama.





Tags / Kata Kunci: Inter Milan , Stefano Pioli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan