Sanchez Dibelenggu Kecederaan Otot

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 7:16 AM

Alexis Sanchez.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Arsenal Alexis Sanchez bergelut dengan kecederaan otot, umum pasukan kebangsaan Chile.

Sanchez memperoleh kecederaan itu semasa berada di Chile untuk persiapan menentang Colombia dan Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia.

Pemain itu kemudian dihantar untuk menjalani pemeriksaan bagi mengetahui tahap kecederaannya.

"Jabatan kesihatan pasukan kebangsaan Chile mengesahkan Alexis Sanchez mengalami kecederaan otot berisiko rendah.

"Pemain itu akan berada di Santiago dan sedang menjalani rawatan dan penilaian," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan FA Chile.

Chile memenangi dua perlawanan terakhir Copa America tetapi bergelut dalam kempen kelayakan Piala Dunia dengan hanya memenangi empat daripada 10 perlawanan.

Mereka meraih kemenangan kelima apabila FIFA mendapati pasukan lawan, Bolivia menurunkan pemain tidak berkelayakan semasa keputusan seri 0-0 bulan lalu.

Sanchez menjaringkan lapan gol untuk Arsenal musim ini.

Arsenal akan berkunjung ke Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris, 19 November ini.



Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Chile , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan