Tsunami Besar Membadai Kelantan - Penyokong

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 2:48 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden The Red Warriors (TRW) Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi menganggap peletakan jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ibarat tsunami besar yang sedang membadai pasukan itu.

Mohd Faizal berkata, beliau tidak menduga Annuar membuat keputusan sedemikian ketika Kelantan dibelenggu pelbagai masalah.

"Keputusan itu ibarat tsunami besar kepada pasukan. Tidak dinafikan ada penyokong yang mahu beliau mengundur diri tapi bagi kami beliau amat penting untuk Kelantan pada ketika ini.

"Kami menghormati keputusan beliau, mungkin beliau ada alasan tersendiri. Namun apa yang boleh saya katakan masih terlalu awal untuk beliau undur diri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Jelas Mohd Faizal, buat masa ini tiada individu berkaliber selain Annuar yang mampu mengisi jawatan tertinggi dalam Kafa.

"Persoalan sekarang siapa lagi yang layak? Saya rasa tiada siapa yang memenuhi ciri-ciri seperti beliau. Kafa memerlukan seorang pemimpin yang berkarisma.

"Lagipun beliau sudah bersama Kelantan ketika susah mahupun senang untuk tempoh yang agak lama. Kelantan masih memerlukan khidmat beliau," katanya.

Mohd Faizal Hasbi.

Justeru, Mohd Faizal merayu agar Annuar mempertimbangkan semula keputusannya untuk meninggalkan skuad Kijang itu.

"Saya merayu agar Tan Sri fikir semula keputusan beliau. Malah saya sendiri juga ada hantar pesanan mesej kepada beliau sendiri mengenai perkara ini.

"Beliau cuma balas mesej itu dengan jawapan 'kita tunggu dan lihat sahaja'. Jawapan itu bukan satu jaminan yang konkrit kepada kita," katanya.

Mohd Faizal berkata meskipun Kelantan berdepan pelbagai masalah dari segi pembayaran gaji pemain, penajaan dan pengurusan, beliau tetap yakin dengan keupayaan pasukan itu untuk bangkit melakar kejayaan dalam Liga Malaysia pada musim baharu.

"Kelantan pernah menjadi sebuah pasukan yang digeruni suatu ketika dahulu. Sudah menjadi adat dalam bola sepak, ada kalah dan juga menang. Namun Kelantan masih ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan sebelum menghadapi Liga Malaysia musim depan," katanya.

Annuar menerusi laman Facebooknya pada Selasa memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta.

"Saya berharap tugas ini (Presiden Kafa) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain," kata Annuar.

Annuar, yang menyandang jawatan itu sejak 2008, berkata beliau sentiasa yakin Kelantan mampu mencapai kejayaan seperti pasukan lain asalkan diberi peluang untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno melakar pelbagai kejayaan bersama skuad The Red Warriors itu antaranya meraih kejuaraan treble pada 2012.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan