Kafa Bincang Peletakan Jawatan Annuar Musa

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 7:16 PM

Afandi Hamzah

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh terdekat bagi membincangkan peletakan jawatan Presidennya Tan Sri Annuar Musa, pada Selasa.

Timbalan Presiden Kafa, Datuk Afandi Hamzah berkata anggota jawatankuasa Kafa akan bermesyuarat sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan oleh Annuar itu.

"Sejak menjawat jawatan tersebut pada 2008, Annuar banyak membantu membangunkan mutu bola sepak Kelantan," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Semalam, Annuar mengumumkan meletak jawatan sebagai Presiden Kafa berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya dengan memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor.

Tags / Kata Kunci: Afandi Hamzah , Kafa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan