Bale Pemain Terbaik Wales

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 7:11 AM

Gareth Bale.

(Ubah saiz teks)

GARETH Bale dinamakan sebagai pemain terbaik Wales buat kali keempat berturut-turut.

Bintang Real Madrid itu merangkul gelaran tersebut buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun pada majlis anugerah Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) 2016, malam Selasa.

Bale, 27, menjadi pemain pertama sejak 2004 menjaringkan gol dalam kesemua tiga perlawanan peringkat Eropah pada musim panas dan hanya ketinggalan tiga gol untuk menyamai rekod 28 gol legenda Wales, Ian Rush.

Sementara itu, Pengurus Chris Coleman menerima anugerah khas FAW selepas mengemudi Wales mara ke separuh akhir Euro 2016 di Perancis.

Pemain tengah Stoke, Joe Allen pula membawa pulang dua trofi pada majlis tersebut.

Allen dinamakan sebagai pemain pilihan rakan pasukan dan juga pilihan penyokong pada tahun ini.

Pemain pertahanan Reading, Chris Gunter pula mendapat anugerah pilihan media.

Ethan Ampadu yang tampil beraksi pada usia 15 tahun, Ogos lalu menerima anugera pemain muda terbaik.

Dalam pada itu, Natasha Harding dinobat sebagai pemain terbaik wanita 2016 manakala rakan pasukannya, Sophie Ingle menerima trofi pemain pilihan rakan pasukan dan juga penyokong.




Tags / Kata Kunci: Gareth Bales , Wales

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan