Saya Masih Boleh Main 10 Tahun Lagi - Ronaldo

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 7:21 AM

Cristiano Ronaldo.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

CRISTIANO Ronaldo menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Real Madrid pada Isnin, dan beliau mengisytiharkan mempunyai baki 10 tahun lagi untuk berada di kedudukan teratas.

Pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak berkenaan sehingga 2021.

Bagaimanapun, Ronaldo memberi bayangan mengenai aksinya di Santiago Bernabeu bahawa beliau mahu bermain sehingga umurnya 41 tahun.

Beliau mengisytiharkan bahawa perjanjian terbaharu itu merupakan kontrak 'kedua terakhirnya'.

Ronaldo kekal sebagai pemain di kelab itu yang memperoleh bayaran tertinggi dengan lanjutan perjanjiannya, walaupun £365,000 (RM1.9 juta) seminggu tidak diubah dengan begitu ketara. 

Beliau sudah pun menjadi penjaring terbanyak setakat ini.

Ronaldo berkata: "Ini merupakan hari istimewa buat saya, melanjutkan hubungan bersama kelab ini... kelab di hati saya. 

"Memperbaharui kontrak lima tahun merupakan sesuatu yang amat istimewa dan ingin dijelaskan bahawa ia bukanlah kontrak terakhir.

"Saya mahu terus mencipta sejarah dan saya pasti akan terus menjaringkan gol dan memenangi trofi bersama kelab terbaik di dunia dalam lima tahun yang akan datang.

"Saya mahu mengakhiri kerjaya saya di kelab ini tetapi mahu ini sebagai kontrak kedua terakhir saya," ujarnya. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan