Piya Masih Pertimbang Kontrak Baharu Kafa

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi masih mempertimbangkan tawaran kontrak baharu daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. 

Mohd Badhri, 34, yang juga tonggak tengah berpengalaman mengakui Kafa ada menawarkan kontrak baharu kepadanya untuk kekal bersama pasukan itu tetapi memerlukan masa bagi memikirkan sama ada mahu kekal atau sebaliknya.

"Saya juga ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan lain, namun masihingin terus menabur khidmat bersama Kelantan.Beberapa perkara perlu dibincangkan termasuk soal gaji," kata pemain yang lebih dikenali sebagai Piya pada Isnin.  

Piya antara pemain utama Kelantan selain Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Daudsu Jamaludin, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Zairul Fitree Ishak yang bakal tamat kontrak akhir bulan ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Piya , Mohd Badhri Radzi , Kafa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan