Southgate Panggil Wilshere Perkuat Skuad England

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 10:49 AM

Jack Wilshere

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI sementara England, Gareth Southgate memanggil Jack Wilshere menyertai skuadnya dalam menghadapi perlawanan menentang Scotland dan Sepanyol minggu ini.

Sebelum ini, Wilshere merupakan sebahagian daripada pemain yang berada dalam skuad Euro 2016 namun diketepikan oleh Sam Allardyce serta Southgate.

Pemain tengah Arsenal yang dipinjamkan ke Bournemouth dan menjadi 'ayam tambatan' kepada skuad Eddie Howe itu mengakui telah diketepikan dalam skuad kebangsaan.

Namun pemain berusia 24 tahun itu kembali menarik perhatian Southgate dan bakal menjalani latihan bersama penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane serta pemain pertahanan Burnley Michael Keane.

Sementara itu dua pemain Manchester United Chris Smalling dan Luke Shaw tidak tersenarai pada aksi kali ini.

Turut tidak dipanggil ialah penjaring terbanyak pemain Inggeris musim ini, Charlie Austin (Southampton) serta Jermain Defoe yang telah menyumbat enam gol musim ini.

Manakala pemain muda United, Jesse Lingard serta pemain sayap Crystal Palace, Andros Townsend berada dalam senarai pemain.

Gareth Southgate


"Sejak beberapa minggu lalu, kami telah menyaksikan banyak perlawanan dan memantau aksi semua pemain.

"Terdapat beberapa pemain yang tidak dapat bersama kami pada aksi sebelum ini kerana kecederaan, namun dapat kembali menyertai skuad dalam prestasi terbaik seperti Nathaniel Clyne, Adam Lallana dan Raheem Sterling.

"Dan sudah tentu situasi yang baik dapat membawa Jack Wilshere kembali ke skuad dan akan mendapatkan aksinya dalam tempoh 90 minit permainan," jelas Southgate.

England bakal berdepan dengan Scotland pada 11 November ini di Stadium Wembley bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Kumpulan F sebelum menyambut kedatangan Sepanyol bagi aksi persahabatan pada 15 November ini.

Senarai pemain skuad England bagi perlawanan Scotland dan Sepanyol:

Forster (Southampton), Hart (Torino), Heaton (Burnley); Bertrand (Southampton), Cahill (Chelsea), Clyne (Liverpool), Jagielka (Everton), Keane (Burnley), Rose (Tottenham), Stones (Man City), Walker (Tottenham); Dier (Tottenham), Drinkwater (Leicester), Henderson (Liverpool), Wilshere (Bournemouth), Lallana (Liverpool), Lingard (Man Utd), Rooney (Man Utd), Sterling (Man City), Townsend (Crystal Palace); Walcott (Arsenal), Kane (Tottenham), Rashford (Man Utd), Sturridge (Liverpool), Vardy (Leicester City).

Tags / Kata Kunci: England , Gareth Southgate

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan