Isu Pendrive Tamat, FAM Pilih Pimpinan Baharu 25 Mac 2017

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 3:30 PM

Afandi Hamzah (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-10 bagi 2014-2018 di Wisma FAM,Isnin. Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) dan Timbalan Presiden FAM Datuk Mokhtar Ahmad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima laporan penuh mengenai pemacu pena daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, laporan isu pemacu pen itu telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat.

"Berdasarkan laporan, pemacu pena itu hanya mengandungi laporan teknikal, staf serta program pembangunan kejurulatihan," jelasnya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, Isnin.

Isu 'pendrive' sebelum ini menarik perhatian peminat-peminat bola sepak tempatan setelah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyerahkan pemacu pena tersebut yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman kepada SPRM pada 2 September lalu setelah menerimanya daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas.

Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan kandungan pemacu pena tersebut tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Selain itu, Afandi turut mengesahkan Kongres Tahunan FAM kali ke-53 bakal berlangsung pada 25 Mac 2017 depan.

"Tarikh penamaan calon bermula 23 Januari ini, manakala senarai akhir pencalonan akan diumumkan pada 20 Februari.

"Sebanyak 19 badan gabungan terdiri daripada 39 perwakilan layak mengundi dengan setiap persatuan diberikan hak dua undi manakala Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia mempunyai kelayakan satu undi," jelasnya.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini mengulangi pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM yang disandang sejak 2014, sekali gus menyaksikan FAM memutuskan supaya pemilihan penggal baharu jawatankuasa eksekutif diawalkan dari 2018 ke tahun depan.

Tags / Kata Kunci: pen drive , kongres

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan