Ronaldo Setuju Bersama Real Madrid Sehingga 2021

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo bersetuju untuk menyambung kontrak baharu bersama Real Madrid sehingga tahun 2021.

Kelab Real Madrid mendedahkan bahawa Ronaldo bakal menandatangani kontrak sehingga 30 June 2021 yang mana tarikh tersebut juga merupakan hari kelahirannya yang ke-36.

"Majlis menandatangani penyambungan kontrak Cristiano Ronaldo bakal berlangsung esok (Isnin), 7 November di Stadium Bernabeu," jelas satu kenyataan kelab.

"Penyerang Portugal itu akan menyambung kontraknya sehingga 30 June 2021 dan presiden kelab, Florentino Perez akan menghadiri majlis tersebut".

Kontrak baharu Ronaldo diumumkan selepas seminggu perjanjian Gareth Bale bersama kelab dilanjutkan selama enam tahun.

Dilaporkan bahawa kontrak baharu Ronaldo ini menyaksikan dia akan kekal sebagai pemain bergaji paling tinggi.

Sebelum ini, jurulatih Zinedine Zidane telah memberi bayangan berkenaan kontrak baharu Ronaldo ini ketika aksi kemenangan 3-0 Madrid ke atas Leganes pada Ahad.

"Saya gembira kerana dia adalah seorang pemain yang akan menamatkan kariernya di Madrid. Ia sesuatu yang unik.

"Impiannya adalah untuk menamatkan kerjayanya di sini dan kenapa saya gembira kerana aksinya bakal berakhir dengan baju jersi putih seperti saya sebelum ini," jelas Zidane.

Ronaldo, 31, menyertai Madrid dari Manchester United dengan rekod perpindahan tertinggi 80 juta pound (RM420.12 juta) pada tahun 2009.

Dia telah menjaringkan lebih daripada 350 gol untuk kelab bersama trofi kemenangan Juara Liga-Liga, trofi liga, dua trofi Copa del Rey, Piala Supercopa, Piala Super UEFA dan juara Piala Kelab Dunia Fifa.

Tags / Kata Kunci: Cristiano ronaldo , Real madrid

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan