Tan Cheng Hoe Ingin Kekal Di Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 9:59 AM

Tan Cheng Hoe

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe, tekad untuk kekal bersama skuad hijau kuning bagi mencapai lebih banyak kejayaan walaupun kontraknya bakal tamat pada November ini.

Sejak mengemudi Kedah selepas meninggalkan jawatan penolong jurulatih skuad kebangsaan, Cheng Hoe berjaya membawa pasukan berkenaan menjuarai Liga perdana dan berada di pentas final Piala Malaysia pada musim lalu walaupun tewas kepada Selangor.

Namun, pada musim ini, Cheng Hoe berjaya meletakkan pasukan Kedah di kedudukan keempat Liga Super walaupun bergelar pendatang baru dan akhirnya menebus kekecewaan final Piala Malaysia musim lalu.

Menurutnya, setakat ini tawaran untuk kekal sebagai jurulatih telah diterima secara lisan melalui pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Cheng Hoe perlu menandatangani kontrak baharu sebelum akhir bulan ini bagi memastikan dapat meneruskan tugas dalam membuat persediaan bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia musim depan.

"Saya berpuas hati dengan apa yang telah dicapai bersama Kedah sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih.

"Saya yakin kebanyakan pemain beraksi bersama pasukan Kedah musim ini akan kekal dan kemampuan pasukan juga pasti tidak terganggu kerana kita perlu berhadapan dengan cabaran baru.

"Kejayaan Kedah adalah kejayaan saya, ini penting untuk penyokong kita dan pihak pengurusan KFA sendiri sebagai majikan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe memberitahu, setakat ini juga, beliau belum dipanggil untuk berbincang mengenai kontrak baharu dengan pihak pengurusan.

Bagaimanapun, jelasnya, keadaan masa tidak mendesak dan beliau juga akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga kontrak tamat.

Setakat ini, saya bersedia untuk kekal bersama Kedah dan memberi fokus untuk menambah koleksi kejayaan pada musim depan.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Liga Super , KFA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan