Mat Zan Pengendali Baharu Kelab AirAsia Allstars FC

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 11:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris sah menjadi pengendali baharu pasukan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), AirAsia Allstars FC bagi musim 2017.

Pelantikan jurulatih berusia 58 tahun itu diumumkan pasukan berkenaan dalam entri terbaharu kelab tersebut di laman sosial Facebook pada Jumaat.

Kelab tersebut yang dikenali sebagai 'Red Jets', bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh kontrak jurulatih berkenaan.

Persatuan Bola Sepak Melaka yang kini dikenali Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) sebelum ini, mengesahkan pengurusan pasukan tidak bercadang mengekalkan khidmat Mat Zan bagi mengharungi Liga Super 2017.

MUFC berpandangan mereka memerlukan jurulatih luar yang berpengalaman luas dalam menghadapi cabaran lebih sengit dalam saingan liga utama bola sepak negara ini.

Untuk rekod, Man Zan berjaya membantu pasukan itu layak ke saingan Liga Perdana pada 2015 susulan kejayaan pasukan itu menjuarai Piala FAM 2014.

Beliau kemudian membantu pasukan yang sama layak ke saingan Liga Super 2017 setelah muncul juara Liga Perdana musim ini.

Pasukan AirAsia Allstars FC kendalian P. Maniam menamatkan saingan di peringkat separuh akhir Liga FAM musim ini, setelah kalah agregat 1-2 kepada Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) yang muncul juara. - BERNAMA


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan