Pemain JDT Sepakat Kumpul Duit Bayar Denda FAM

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 4:08 PM

Pasukan JDT meraikan kejayaan bersama Presiden Kelab Bola Sepak JDT Tunku Aminah Sultan Ibrahim menjulang Piala Liga Super 2016 selepas perlawanan menentang T.Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada 24 September 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang diketuai ketua pasukan, Safiq Rahim berpakat dengan rakan sepasukan untuk berkongsi wang bagi membayar denda yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan insiden kekecohan antara penyokong juara Liga Super itu dan penyokong Perak.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers, semua pemain JDT sepakat untuk mengumpul duit masing-masing dan tidak mahu pihak kelab membayar denda tersebut.

Kenyataan itu menjelaskan, tindakan pemain JDT itu demi kasih sayang kepada kelab selama ini.

"Pemain juga berpesan kepada semua penyokong skuad Harimau Selatan agar menjaga tingkah laku pada masa akan datang agar perkara yang sama tidak berulang lagi," jelas kenyataan tersebut.

Pada Khamis, FAM menerusi Jawatankuasa Tatatertib mengenakan denda sebanyak RM47,400 kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan RM30,000 kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) atas insiden tersebut yang berlaku pada 6 Ogos lalu.

Kekecohan antara penyokong itu tercetus selepas perlawanan antara kedua-dua pasukan berakhir di Stadim Perak yang menyaksikan seorang jurugambar cedera.

PAFA didenda sebanyak RM10,000 di atas kesalahan pertama, iaitu tindakan penyokong Perak yang membaling botol minuman ke arah penyokong JDT.

Bagi kesalahan kedua di mana penganjuran perlawanan telah melibatkan kes kecederaan, PAFA dikenakan denda RM37,500 dan hukuman beraksi tanpa penonton dalam tiga perlawanan rasmi seterusnya di gelanggang sendiri termasuk hukuman bermain satu perlawanan tanpa penonton seperti yang telah diputuskan pada 4 Mac 2016.

Sementara itu, PBNJ didapati bersalah dalam pertuduhan pertama dan didenda RM15,000 di atas tindakan penyokong JDT yang telah membaling botol minuman ke arah penyokong Perak, memusnahkan papan iklan dan mencederakan seorang jurugambar.

Dalam pertuduhan kedua, iaitu menyanyikan lagu yang menghina pasukan Perak, PBNJ didapati bersalah dan didenda sebanyak RM15,000.00.

PAFA dan PBNJ dibenarkan membuat rayuan terhadap semua keputusan hukuman tersebut.

Kedua-dua pasukan turut diberi amaran keras dengan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Tags / Kata Kunci: JDT , FAM , Denda , Perak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan