Sukan SEA 2017: Skuad Bola Sepak Wanita Negara Sasar Gangsa

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 4:47 PM

Pegawai Pembangunan Wanita FIFA Kuala Lumpur Dato' Yap Nyim Keong ((dua, kanan) menyerahkan jersi kepada Pengurus pasukan SMK Seri Titiwangsa Nurul Nadiah Ameira Mohd Aseri (kanan) pada majlis penyerahan jersi sempena Kejohanan Liga Bola Sepak Perempuan Bawah 16 tahun di Wisma FAM, Khamis. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Norhuda Ahmad (dua, kiri)- Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Skuad bola sepak wanita negara meletakkansasaran realistik untuk meraih pingat gangsa di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad berkata sasaran itu bertepatan dengan tahap kebolehan skuad negara serta standard saingan di temasya sukan dwitahunan tersebut.

"Sudah pasti saingan utama di Sukan SEA nanti ialah Thailand, Vietnam danMyammar tetapi harus diingat skuad negara hanya tewas tipis 1-2 dalam pertemuan dengan Myammmar pada Piala AFF baru-baru ini. 

"Ranking kita jauh di kedudukan 85 dunia manakala Myammar di tangga ke-35 dan untuk saya, ia merupakan petanda yang baik," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan jersi kepada pengurus pasukan sempena Kejohanan Liga Bola Sepak Perempuan Bawah 16 tahun (B-16) di sini, Khamis.

Sebagai rekod, skuad negara pernah memenangi pingat perak di Sukan SEA Chiang Mai, Thailand pada 1995.

Mengulas mengenai kejohanan berkenaan, Norhuda berkata ini adalah kali pertama ia dianjurkan untuk kategori B-16 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

"Sebelum ini, kejohanan untuk B-14 pernah diadakan pada 2014/15. Saya harap pada masa akan datang, kedua-dua liga B-14 dan B-16 dapat dijalankan serentak.

"Kami harap menerusi liga ini, lebih banyak bakat baru dapat diketengahkan dan seterusnya mengangkat martabat bola sepak negara di persada antarabangsa,"katanya.

Liga Bola Sepak Perempuan B-16 bakal disertai 11 sekolah sukan negeri dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah yang akan berlangsung secara sirkit bermula 18-20 November ini di Sekolah Menengah Mutiara Impian, Pulau Pinang.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bola sepak wanita , sukan sea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan