Dendam City Terbalas

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 8:01 AM

Pemain Barcelona, Lionel Messi (kiri) menyaksikan para pemain pasukan Manchester City players meraikan kejayaan mereka. -AP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City berjaya membalas dendam mereka terhadap Barcelona apabila Ilkay Gundogan menjaringkan dua gol bagi memastikan kemenangan 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara pada Selasa.

Sebelum ini pasukan Pep Guardiola itu tewas 4-0 di Barcelona namun kembali bangkit daripada ketinggalan satu gol dan menewaskan juara Sepanyol berkenaan 3-1 di Stadium Etihad.

Gol Barcelona dijaringkan Lionel Messi.

Walau bagaimanapun, City mengambil peluang di atas kesilapan yang dilakukan Sergi Roberto hingga memberi peluang Raheem Sterling membantu Gundogan menyamakan kedudukan enam minit sebelum rehat.

Satu lagi gol City dijaringkan Kevin De Bruyne menerusi sepakan percuma.

"Hari ini adalah langkah yang baik. Kami bermain menentang sebuah pasukan yang hebat dan kami memberi saingan. Kini mereka akan sedar, 'Wow, kita menang menentang pasukan yang terbaik," kata Guardiola.

Kedudukan terkini bagaimanapun menyaksikan Barcelona kekal di tangga teratas Kumpulan C.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan