Julang Satu Piala Musim 2017 Sasaran Felda United

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super 2016, Felda United masih mengekalkan sasaran untuk menjulang satu piala pada musim depan, setelah  gagal memenuhi sasaran itu tahun ini.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata Presiden kelab itu, Datuk Hanapi Suhada sedang merangka perancangan terbaik untuk skuad 'The Fighters' bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), musim depan.

Kejayaan muncul naib juara Liga Super musim ini membolehkan Felda United mengiringi juara liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi pada saingan Piala AFC 2017.

"Usaha kita tahun ini (untuk meraih satu piala) tidaklah gagal sepenuhnya kerana dalam saingan Liga Super, kita dapat nombor dua dan ini kejayaan besar  kita kerana tempoh perjalanan liga amat panjang," katanya pada sidang media pra-perlawanan final Piala Pengerusi Felda di Menara Felda, di sini, Selasa.

"Untuk tahun depan, sudah pasti kita berhasrat memenangi (satu piala) dan persediaan telah dibuat...pengurusan pasukan juga sedang merencana bagaimana hendak memastikan pasukan kita lebih baik dari tahun ini," kata Mohd Isa yang juga Penaung Felda United.

Beliau pada masa sama turut menjelaskan pengurusan pasukan bersetuju untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada musim depan walaupun bakal membuat penampilan sulung dalam kempen Piala AFC.

"Kita tidak mahu berbelanja besar kerana keadaan (kewangan) pasukan pada masa kini tidak mengizinkan. Kalau kita dapat kekalkan persembahan (cemerlang) dengan pasukan sedia ada, itu sudah memadai untuk kita," katanya.

Bekas jurulatih JDT II, Azmi Mohamed sah membimbing Felda United musim depan setelah Irfan Bakti melepaskan jawatan kerana dikatakan kecewa gagal memenuhi sasaran merangkul satu piala seperti ditetapkan pengurusan pasukan musim ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan