Barca Tak Gentar Dengan Kehadiran Aguero - Luis Enrique

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 7:47 AM

Sergio Aguero

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Manchester City Sergio Aguero diramal bakal menjadi tumpuan jurulatih kelab itu, Pep Guardiola menjelang perlawanan seterusnya saingan Liga Juara-Juara.

Guardiola kemungkinan besar akan menurunkan Aguero di awal permainan ketika menentang Barcelona di Stadium Etihad, awal pagi Rabu.

Aguero sebelum ini tampil impresif dengan mencipta dua gol ketika mengalahkan West Bromwich Albion 4-0, Sabtu lalu. Dua gol lagi disumbat masuk oleh Ilkay Guendogan yang mungkin juga akan diturunkan pada awal permainan.

Bagaimanapun, jurulatih Barcelona Luis Enrique tidak gentar dengan strategi tersebut, menyatakan kehadiran Aguero tidak akan banyak mengubah permainan City.

“Mungkin secara individu, tapi tidak dari segi permainan mereka. 

“Pertandingan sama sekali tak akan berubah walaupun mereka menurunkan Aguero,” ujar Enrique memetik laporan Marca, Selasa.

“Sudah tentu kami tahu betapa hebatnya dia dan dia sering menjaringkan gol. Tetapi secara keseluruhan pertandingan tetap sama. Kami tak akan berada dalam tekanan kerana kehadiran Aguero,” kata bekas jurulatih AS Roma ini.

Ketika kalah 0-4 kepada Barcelona pada perlawanan pertama di Stadium Camp Nou, Aguero hanya diturunkan pada minit ke-79 menggantikan Guendogan.


Dalam pada itu Enrique menilai Guardiola, yang juga bekas jurulatih Barcelona sebagai seorang yang bijak.

Malah dia yakin banyak perubahan akan berlaku kerana dia mengakui 'amat mengenali cara Guardiola berfikir'. 

“Dia sudah pasti telah bersedia dengan perancangan berdepan kami. Begitu juga kami, kami melakukan hal yang sama.

“Ini akan menjadi pertandingan yang menarik. Dalam masa tiga bulan, dia telah berjaya menguruskan pasukan yang sama sekali baru baginya, dengan berkualiti.

“Saya sangat menyukai falsafah dan ideanya. Saya yakin Manchester City akan terus berkembang menjadi pasukan yang hebat.”

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan