Julang Piala Malaysia Imbau Kenangan 1990 - Cheng Hoe

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 9:00 AM

Pemain Kedah menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam pada Ahad malam. Kedah kalahkan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kejayaan menjulang Piala Malaysia buat kali kelima merupakan detik paling indah buat jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe.

Beliau menyifatkan kejayaan menewaskan Selangor ibarat mengimbau kembali kenangannya sebagai pemain ketika membantu Kedah mengalahkan Singapura 3-1 bagi menjulang Piala Malaysia.

"Ia merupakan pencapaian menakjubkan kerana sebagai pemain Kedah pada 1990, saya memenangi piala berprestij buat julung kali Kedah dan kemenangan malam ini sangat signifikan untuk saya selaku jurulatih pula,"katanya pada sidang media selepas aksi final di Stadium Shah Alam malam ini.

Kedah muncul juara buat kali kelima selepas mengalahkan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi 120 minit termasuk 30 minit masa tambahan.

Berkongsi pandangan sama adalah kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang mendedikasikan trofi Piala Malaysia kepada peminat skuad Lang Merah yang tidak jemu memberikan sokongan padu pada kempen musim ini.

"Saya anggap kemenangan ini adalah rezeki untuk anak saya dan misi saya masih belum selesai kerana saya perlu membantu skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki, bulan depan," kata anak jati Sungai Petani itu.

Sementara itu, pengendali sementara Selangor, K. Gunalan memuji persembahan cemerlang anak buahnya walaupun tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

"Selepas (penjaga gol Selangor) Mohd Khairulazhan Mohd Khalid menyelamatkan sepakan penalti pertama Kedah, saya mempunyai sedikit keyakinan kami akan menang tapi apa boleh buat pada akhirnya, kami kalah.

"Secara keseluruhannya saya berpuashati dengan pemain yang mempamerkan kesungguhan sejak bermulanya saingan Piala Malaysia musim ini,"jelas bekas pemain kebangsaan era 90-an itu.

Kapten Selangor, Andik Vermansah pula kecewa kerana gagal membantu skuad Gergasi Merah menjayakan 'Misi 34', namun memuji persembahan yang dipamerkan rakan sepasukannya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan