Gaduh Dengan Pengadil, Mourinho Berdepan Dua Siasatan FA

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho bakal berdepan satu lagi siasatan Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas diarah duduk di tempat penonton pada babak kedua ketika pasukannya terikat seri tanpa jaringan dengan Burnley di Old Trafford, malam Sabtu.

Mourinho bertengkar dengan pengadil Mark Clattenburg kerana enggan menghadiahkan penalti selepas John Flanagan mengasari tonggak pertahanan, Matteo Darmian.

FA kini akan memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap Mourinho selepas mengkaji aduan yang dikemukakan Clattenburg.

Pengurus kelahiran Portugal itu bagaimanapun sudah berdepan pertuduhan kerana membangkitkan komen kurang menyenangkan terhadap seorang lagi pengadil, Anthony Taylor sebelum aksi menentang Liverpool di Anfield baru-baru ini.

Tindakan Mourinho itu hadir hanya beberapa hari selepas penggantungan selama setahun yang dikenakan ke atas dirinya tamat ketika mengendalikan Chelsea.

Kali ini, dia mungkin berdepan hukuman larangan masuk ke stadium atau sekurang-kurangnya dilarang duduk di bangku simpanan untuk tempoh yang lama selepas saksi mengesahkan Mourinho melakukan provokasi ke atas Clattenburg ketika menuju ke bilik persalinan.

Pengendali berusia 53 tahun itu terus dirundung malang sejak skuad bimbingannya tewas 4-0 di tangan Chelsea, Ahad lalu.

Susulan insiden itu, Mourinho menolak untuk ditemubual media selepas tamat perlawanan.

Namun, pembantunya, Rui Faria dalam nada sinis berkata: "Saya fikir pengadil melakukan tugas yang hebat. Saya tak boleh katakan lebih dari ini."


Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan