Kedah - Selangor Sedia Bersaing Julang Piala Malaysia 2016

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 6:16 PM

Beberapa penyokong Kedah dan Selangor sempat bergambar bersama di perkarangan Stadium Shah Alam, menjelang aksi final Piala Malaysia 2016, malam Ahad. -fotoTHESTAR/IzzrafiqAlias

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedah akan berdepan Selangor bagi tahun kedua berturut-turut pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Aksi pusingan akhir antara Selangor dan Kedah ini diibaratkan ulangan perlawanan akhir musim lalu yang dimenangi pasukan Merah Kuning dengan jaringan 2-0.

Selangor yang merupakan juara bertahan, mara ke final setelah menang agregat 5-1 ke atas T-Team manakala Kedah menang agregat 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi separuh akhir.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pasukan bola sepak Selangor mampu menewaskan Kedah dalam perlawanan ini.

Beliau berkata selain prestasi The Red Giants yang sedang memuncak, keyakinan untuk mengekalkan piala dimenangi musim lalu itu turut dinyatakan Ketua pasukan Muhammad Shahrom Kalam dalam pertemuan mereka minggu lepas.

"Saya sendiri melihat latihan mereka lalui, dan Insya-Allah dengan semangat, komitmen, dan fokus dijanjikan, Piala Malaysia akan terus kekal di bumi Selangor," katanya.

Mengenai imbuhan jika Selangor muncul juara, Mohamed Azmin berkata perkara itu hanya akan diumumkan sewaktu pertemuan beliau bersama pemain malam ini.

Beliau turut memuji impak yang dibawa pengendali sementara, K.Gunalan yang memacu Selangor ke perlawanan akhir walaupun mengambil alih tugas sebagai jurulatih ketika prestasi pasukan tidak menentu.

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor.

Skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008.

"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya.

Beliau turut mengumumkan Isnin (esok) sebagai cuti peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan sehingga mara ke final Piala Malaysia.

Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan