Mourinho Tegaskan Rooney Tak Akan Ke Mana-Mana

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 8:20 AM

Wayne Rooney

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menegaskan bahawa Wayne Rooney tidak akan dibenarkan untuk menyertai Everton, atau mana-mana kelab lain pada masa hadapan walaupun kecewa di Manchester United.

Kapten United itu belum mula bermain untuk Mourinho sejak kemenangan di tempat sendiri menentang Leicester pada 24 September lalu dan juga kehilangan tempat dalam kesebelasan pasukan kebangsaan pada masa itu.

Ia adalah satu situasi yang tidak pernah dialami Rooney yang akan mencecah usia 31 pada minggu ini, dan diakui Mourinho sebagai satu masa yang 'sukar' dalam kerjayanya.


Tetapi pengurus United itu tidak ragu-ragu bahawa Rooney akan dapat melalui keadaan sukar ini dan tidak akan melayan pendapat bahawa dia dibenarkan meninggalkan Old Trafford, walaupun terdapat laporan bertentangan mengenai perkara ini.


"Saya tahu dia masih boleh bermain di peringkat tertinggi. Saya tahu dia jenis pemain yang saya perlukan," kata Mourinho.

"Dia boleh bermain di tahap tertinggi. Saya tidak boleh menyatakan apa yang akan berlaku apabila dia berusia 32, 33, 34 atau 35 tetapi apa yang boleh saya katakan dia adalah seorang pemain yang baik, pemain yang sangat penting bagi kami.

"Dia tidak akan ke mana-mana. Kami sukakan dia, dia sukakan kami. Dia tidak gembira dalam perlawanan terakhir kerana dia berada di bangku simpanan, tetapi saya fikir dia lebih tidak gembira apabila dia bukan berada di bangku simpanan kerana dia cedera dan duduk di tempat duduk penonton.

"Tidak ada masalah sama sekali. Dia adalah kapten saya. Dia adalah kapten pasukan.

"SEpanjang kerjaya saya, saya mempunyai hanya beberapa pemain yang tidak mahu bermain dan kadang-kadang mahu bersembunyi apabila keadaan menjadi lebih panas. Selain itu, setiap pemain mahu bermain. Saya tidak tahu mana-mana pemain yang gembira apabila dia tidak bermain.

"Setiap pemain tidak gembira apabila mereka tidak bermain," katanya.


Tags / Kata Kunci: Jose MOurinho , Wayne Rooney , Everton

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan