Ibrahimovic Tidak Lagi Bertaraf Dunia - Paul Merson - Bola Sepak | mStar

Ibrahimovic Tidak Lagi Bertaraf Dunia - Paul Merson

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 7:17 AM

Zlatan Ibrahimovic

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain Arsenal Paul Merson percaya penyerang Manchester United Zlatan Ibrahimovic telah melepasi masa terbaiknya pada usia 35.

Pemain Sweden itu menunjukkan permulaan memberangsangkan dalam kariernya di Old Trafford musim ini dengan menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris.

Walau bagaimanapun sejak itu dia seolah-olah kekeringan gol apabila hanya menyumbat satu gol dalam sembilan perlawanan terakhir.

Merson memberitahu Sky Sports: "Zlatan Ibrahimovic dulu adalah seorang penyerang bertaraf dunia tetapi sekarang tidak lagi.

"Dia berusia 35 dan bermain di liga paling sukar di dunia dan apabila musim berterusan, saya tidak dapat melihat dia bermain semakin baik.

"Jose Mourinho jelas akan mengharapkannya walaupun baru-baru ini perlu berusaha keras dan dia perlu mendapatkan beberapa peluang menentang Burnley," kata Merson yang juga penganalisis bola sepak.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan