Jangan Kambing Hitamkan Pulau Pinang - Presiden FAP

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Pulau Pinang tidak rela menjadi 'kambing hitam' berhubung isu penyingkiran dari Liga Super selepas PDRM dihadiahkan tiga mata kerana JDT menggunakan pemain yang digantung perlawanan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff menerusi kenyataan dalam laman web rasmi Pulau Pinang FA berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri isu tersebut dan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan pasukannya kekal di dalam Liga Super pada musim depan.

Malah beliau mengakui, selepas pemain-pemain beraksi mati-matian pada perlawanan terakhir dengan Terengganu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) boleh dianggap zalim kerana membuat keputusan tersebut sebaik liga sudah tamat minggu lalu.

“Kami di FAP terkejut dengan apa berlaku malahan menyifatkan sebagai situasi yang cukup teraniaya kepada pasukan bola sepak Pulau Pinang.

"Bermula insiden Pahang diberi tiga mata percuma atas kesalahan Kedah menurunkan pemain yang digantung, kini kami tertekan sekali lagi bila mendapat tahu PDRM yang di bawah kami menuntut hak sama," katanya.

Selain itu, Nazir Ariff turut mempersoalkan sebab FAM tidak mengguna pakai Peraturan Pertandingan 2013-2016, di dalam Bantahan 5.3.1 yang menyebut bantahan kelayakan pemain atau lain-lain bantahan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha FAM dalam tempoh 72 jam selepas tamat perlawanan.

Soal beliau lagi, mengapa selepas lebih dua bulan, aduan terbabit dikemukakan sedangkan liga sudah lama berakhir.

"Adakah (keputusan) ini adil kepada semua pasukan?

"Saya harap FAM dan Jawatankuasa Tatatertib tolong ada budi bicara kerana sebarang tindakan mengenai isu perlawanan JDT-PDRM akan memberi kesan terlalu buruk kepada Pulau Pinang,” katanya.

Rabu lalu, PDRM mengemukakan aduan rasmi kepada FAM mengenai status pemain JDT, Juan Martin Lucero yang diturunkan pada 16 Ogos lalu di Stadium Larkin, sedangkan pemain itu sudah mengutip tiga kad kuning dan perlu menjalani penggantungan perlawanan.

Dalam perlawanan itu, JDT menang 4-0 tetapi FAM kemudiannya memotong tiga mata JDT untuk diberikan kepada PDRM atas kesalahan tersebut, sekali gus menyebabkan Pulau Pinang tersingkir ke Liga Perdana selepas dipintas oleh skuad The Cops berdasarkan perbezaan mata.

Nazir Ariff dalam pada itu menggesa isu tersebut diselesaikan secepat mungkin dan mahu situasi menang-menang bagi semua pihak terlibat.

"Kalau sudah berdepan kesukaran sebegini, apa maknanya Pulau Pinang beraksi dia Liga Malaysia jika hak kami dinafikan.

“Saya yakin, jika keputusan antara JDT-PDRM nanti tidak akan memihak salah satu pihak, isu ini akan terus berbunyi untuk jangka masa lama, malahan mungkin akan sampai ke AFC atau FIFA.

"Untuk Pulau Pinang, kami juga pasti tidak berpuas hati jika diarahkan bermain di Liga Perdana pada tahun hadapan, jangan jadikan kami sebagai kambing hitam, ini amaran saya!” katanya.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , FAM , JDT , PDRM , Pahang , Datuk Seri Nazir Ariff

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan