Komen Pengadil, Jose Mourinho Didakwa Salah Laku

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 8:16 AM

Jose Mourinho

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho telah didakwa dengan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berhubung komennya mengenai pengadil Anthony Taylor sebelum mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Liverpool.

Taylor yang berasal dari Wythenshawe, selatan bandar Manchester, dinilai akan bersikap berat sebelah dalam mengadili perlawanan.

Pengurus dari Portugal itu berkata tekanan daripada peminat Liverpool akan membuatkan Taylor sukar membuat keputusan yang adil dalam perlawanan itu.

Hakikatnya Taylor menjalankan tugasnya dengan baik.

Dalam pertandingan yang berakhir dengan kedudukan 0-0 itu, Taylor lebih banyak melayangkan kad kuning buat pemain The Red Devils.

Enam pemain itu adalah Eric Bailly (44), Ashley Young (45+1), Zlatan Ibrahimovic (90) dan Marouane Fellaini (90+1).

Mourinho telah dihubungi oleh FA berhubung komennya dan badan itu kini mendakwanya melakukan salah laku.

"Jose Mourinho telah didakwa dengan salah laku berkenaan komen yang dibuat berhubung dengan pengadil perlawanan yang ditetapkan, sebelum perlawanan Liverpool menentang Manchester United pada Isnin, 17 Oktober 2016," menurut kenyataan yang dikeluarkan.

"Komen beliau adalah menyalahi dan/atau membawa kepada reputasi buruk permainan bertentangan dengan Peraturan E3 (1) FA. Mourinho mempunyai masa sehingga 6 petang, Isnin, 31 Oktober 2016 untuk bertindak balas terhadap pertuduhan itu."

Sejak 2009, FA melarang pengurus dan pemain melontarkan komen untuk mengganggu atau mempengaruhi pengadil sebelum pertandingan.

Bagi Mourinho, ini bukan kali pertama dia berurusan dengan FA berhubung komennya mengenai pengadil.

Dia telah didenda 40,000 pound kerana melontarkan kata-kata kasar kepada pengadil Jonathan Moss yang mengadili pertandingan antara Chelsea dan West Ham United di Boleyn Ground, 24 Oktober 2015.
Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Anthony Taylor , salah laku

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan