Piala EFL: United Layan Kunjungan West Ham

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 1:54 PM

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic cuba dihalang oleh pertahanan Manchester City, Aleksandar Kolarov dalam aksi Piala Liga Inggeris di Old Trafford pada 26 Oktober 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

SELEPAS menewaskan musuh setempat Manchester City pada saingan 16 pasukan terakhir, Manchester United akan bertemu West Ham di Old Traford dalam aksi suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL).

Undian lain menyaksikan, Arsenal akan melayan kunjungan Southampton di Emirates selepas kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing, Reading dan Sunderland.

Hull City pula akan bertemu pendahulu Liga Championship, Newcastle United di tempat sendiri manakala satu lagi saingan menyaksikan Leeds United bertandang ke Anfield untuk berdepan pasukan bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool.

Kesemua perlawanan itu akan berlangsung pada hujung bulan depan sama ada 29 November dan 30 November.

Kali terakhir Manchester United bertemu West Ham dalam saingan Piala Liga ketia 2010 yang menyaksikan Red Devils tewas 0-4.

United mara ke pusingan berikutnya selepas menewaskan Manchester City menerusi jaringan tunggal Juan Mata pada minit ke-54 manakala West Ham tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan seteru setempat, Chelsea 2-1 di laman sendiri.

Namun Arsenal masih dibayangi badi dalam saingan Piala Liga selepas kalah tiga kali berturut-turut dengan pasukan Liga Perdana Inggeris walaupun beraksi di tempat sendiri.

Hull tidak pernah melayakkan diri ke pusingan empat pasukan terbaik manakala Newcastle yang dibimbing Rafa Benitez gagal menempah tiket separuh akhir sejak 1976.

Kali terakhir Leeds dan Liverpool bertemua dalam saingan Piala Liga ketika pusingan ketiga pada 2009 yang menyaksikan skuad The Reds menang 1-0 di tempat lawan, Elland Road hasil jaringan David N'gog.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan